Miss Yumi Zulhanis

March 31, 2011

::ku ingatkn kau perempuan cantik::

Suatu kisah...


Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala
dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadak u seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi
bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Ba gaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu.

Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah
berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu -adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan
langk ahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak
dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang
wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.

Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah
perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa
dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah,
kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah,
aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada
bantal yang diletak pada dinding, diterang i cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"Kunc ikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci
itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah
buangka n," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak
wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku
memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

" Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah
mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi
satu, dan kegelapan menyelubungi suas ana.

________ ______________
Eh m... apakah moralnya yg kita boleh dapat dari kisah nie?

March 24, 2011

Dear All,
 Please read and pass to your friend.
 How to detect a HIDDEN CAMERA in changing rooms in garment shops & boutiques........ In front of the changing room, take your mobile phone and make sure that your mobile can make calls.

Then enter into the changing room, and make a call.
If u can't make a call, there is a hidden camera.
This is due to the interference of fiber optic during the signal transfer
Please forward this to your friends to educate the public of this menace.

To prevent our innocent sisters and ladies from HIDDEN CAMERAS AND UNSOLICITED STARRING ROLES IN PASAR MALAM VIDEOS . 



Dear All,
  Sila baca dan forward ke rakan anda.
  Bagaimana mengesan CAMERA HIDDEN di ruang ganti di kedai-kedai pakaian & butik ........ Di depan ruang ganti, bawa telefon anda dan pastikan bahawa telefon anda boleh membuat panggilan.

Lalu masukkan ke dalam ruangan tukar, dan membuat panggilan.
Jika u tidak boleh membuat panggilan, ada kamera tersembunyi.
Hal ini disebabkan gangguan serat optik selama transfer isyarat
Sila meneruskan pesan ini kepada teman anda untuk mendidik awam ancaman ini.

Untuk mengelakkan saudara kita yang tidak bersalah dan wanita dari HIDDEN CAMERAS DAN diminta dibintangi PERANAN DALAM PASAR MALAM VIDEO

:: MAKLUMAT INI ADALAH BENAR ::

MAKLUMAT INI ADALAH BENAR

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay
bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang
menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda akan
mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang
Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke
(minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda
boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari
'Health Corporation of Singapore'.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive,
Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR
dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana
kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah
mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap
barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu
yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana
setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak
tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas
itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai
'makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang
tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa
yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda
sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

:: SEMINIT SAJA ::

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.


betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.


Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.


Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang
ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari
ketika berpuasa
.
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan
.
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan tidak peduli untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.


Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,
atau mengatakan apa-apa, atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,

serta terus klik pada icon
DELETE . 

:: RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58::

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.


Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,
tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan
dakwah ini kerana Allah.
Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...

::DOA UNTUK WANITA CANTIK ::

"Ya Tuhan, jadikan wanita yang membaca ini menjadi wanita yang
cantik, kuat, sabar, sehat dan di sayangi banyak orang.
Tolong tingkatkan kehidupannya, begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia".


Amiin.
cid:002501ca3fde$23da9e60$1258130a@incoe.astra.co.id

Kirim ke 9 teman wanita yg kamu sayangi & dalam waktu 9 menit hidupmu akan
bahagiaa...
cid:002601ca3fde$2426e9a0$1258130a@incoe.astra.co.id

Jika kamu tidak mengirimkan ke teman
Picture (Device Independent Bitmap)yang lain, berarti kamu tidak punya teman


:: tolong la baca!!!!! ::

salam~ bcer nie. Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar


ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa


bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya.


> kpd semua yg


bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati


sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut


para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik


ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan


solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG


MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada


islam.


> BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade


dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah


seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemahnauzubilla. . h) .


> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.


>


sumer org yg ade bobba messenger (ym), tolong jangan add org yg id die


macam ni: bobba die cuba nak murtadkan org


Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!(kalau rase


sayang ngan org Islam la. kalau tak sayang, x payah forward!)


jngan smbong n bongkak..skrng korng gembra larh. tnggu balasan dkat


kubur.

March 23, 2011

:: So Sweet...Bacalah Kalau Ada Masa Free..:) ::

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

:: 7 Kali Pergi Haji Tidak Nampak Kaabah ?::

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Ikram (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Siti (juga bukan nama sebenarnya), Si Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.
ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. “Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah”.
Ikram menggandeng ibunya dan berbisik, “Ummi undzur ila Ka’bah (Bu, lihatlah Ka’bah).” Ikram menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.
Ikram kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak dapat melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.
Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang soleh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon ampunan-Nya.
Hati Ikram begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.
Ikram tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka’bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.
Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka’bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka’bah.
Ikram tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka’bah. Setiap berada di Masjidil  Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.
Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Siti hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Ikram tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka’bah.
Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka’bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.
Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Emirate). Tanpa kesulitan bererti, Ikram dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Ikram perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang.
Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.
Beruntung, Si Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali,mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Siti diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. .
“Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang,” kata ulama itu pada Siti. Siti terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Siti.
Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Siti menelefon. “Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat  di hospital,” cerita  Siti akhirnya.
“Oh, bagus….. Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia,” mencelah ulama itu.  “Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram,” ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.
“Disana….” sambung Siti, “Saya sering kali menukar bayi, kerana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka.”
Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Siti. “Astagfirullah. …..” betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Siti tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan  sangat penting.
Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi.”Cuma itu yang saya lakukan,” ucap Siti. “Cuma itu ?” tanya ulama terperanjat.
“Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar  biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!”. . ucap ulama dengan nada tinggi.”Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? “tanya ulama itu lagi sedikit kesal. “Di hospital, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati.”
“Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia,” kata ulama. “Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir.” “Maksudnya?” tanya ulama tidak mengerti.. “Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati.”
“Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.
Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan.” Mendengar pertuturan Siti yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.
“Cuma itu yang kamu lakukan ?”. “Masya Allah….!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan”.Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Siti. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji.
Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, “Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda..”
Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Siti. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telefon. Ia berharap Siti telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Siti, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Ikram di Mesir..
Kebetulan yang menerima telefon adalah Ikram sendiri. Ulama menanyakan khabar Siti,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. “Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad,” ujar Ikram. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut.. “Bagaimana ibumu meninggal, Ikram ?”. tanya ulama itu.
Ikram pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Siti.
Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.
Peristiwa itu terjadi  berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.
Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.
Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Ikram tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri.. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan.. Laki-laki itu mendekati Ikram kemudian  berkata padanya,” Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!”. kata orang itu.
Ikram lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah  ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. “Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, “pesan lelaki itu. Ikram mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.
Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Ikram, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Ikram. Ikram ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Ikram kepada ulama itu. Ikram juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.
Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Ikram. Dia menyarankan, agar Ikram segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Ikram, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Ikram, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.
Benar saja,tak berapa lama kemudian Ikram kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Ikram tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.
Semoga kisah nyata dari Mesir ini dapat  dijadikan mengajaran bagi kita semua. Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita mengirimkan ribuan ‘jokes’ dan ‘ surat berantai’ melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.
OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA’ALLAH
maaf kerana terlalu panjang

:: Kisah Menarik | Kisah Susu Ibu ::

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut
mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran
ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di
dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan
segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh
diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian
tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian,
mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan
ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa
yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,
ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu
sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,
maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah
2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian
harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan
‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Wallahua'lam..

Subhanallah… Maha Agungnya Allah…

March 22, 2011

::BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH S.W.T::

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.

Beratkan??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

Note : sila copy atau share.. syukran..:)